Tuesday, 16 July 2013

Ben Than Night Market, Vietnam 2013 ^^

hehehehehehehe......bukan main lama lagi aku mahu cerita Vietnam aku nih. Atas sebab kesibukan tahap gaban dan kesihatan yang tak berapa baik, aku tangguhkan dulu kisah aku ke Vietnam tu. Sekarang ni pun aku masih terbatuk-batuk dan masih kena telan ubat batuk ooppss silap kena minum ubat batuk lagi. Oklah, jom aku ceritakan perjalanan dan pengalaman aku ke negara Vietnam nih. Ada juga tips-tips melancong ke vietnam yang ingin aku sampaikan dalam entri aku nih juga. Ha... tunggu....

Hari bertolaknya aku ke Vietnam, Flight aku jam 8:30 pagi. Kemudian aku terus bergerak ke KLIA LCCT . Tepat jam 7 pagi aku sampai di KLIA LCCT kemudian kami terus check in bag kami dan masih ada lebih kurang sejam lebih lagi untuk kami menunggu. Korang nak tau kenapa aku keluar sebegitu awal? sebab aku tak mahu lewat lagi seperti lewatnya aku masa ke Bandung dulu. Penat giler aku kena berlari sebab nak kejar flight, pergh.. tak larat tu.. naik kejang kaki aku terasa kurus kejap badan aku tau ahaks.... #perasan

Jam 10 waktu sini, flight tiba di Saigon. Terkejut aku tengok lapangan terbang sana. Agak canggih dari Bandung dan lagi best dari LCCT. Saigon agak membangun juga tak macam aku bayangkan. Aku bayangkan Saigon ni agak mundur dari Bandung, namun sebaliknya.



Dah sampai ke saigon. Keluar je dari airport, ramai giler orang yang menanti terasa macam artis pulak, padahal takdepun orang yang tunggu kami ahaks.. 
                       


Sampai sahaja ke airport, kami terus mencari transport untuk ke Hotel Nhat Ha 1. Hotel kami tempah dari Booking.com jer.. lebih kurang 90USD untuk 4 hari 3 malam murah tak? lagipun dekat dengan Ben Than Market tempat tumpuan untuk bershopping lebih kurang 3 ke 5 minit berjalan kaki. Ada hotel yang lebih dekat lagi dan agak popular antara pelancong Malaysia iaitu hotel Saigon Pink kalau tak silap akulah dekat dengan kedai makan yang halal dan juga dekat dengan Ben Than market.
Inilah rupa bilik untuk aku dan geng-geng merayau
Nhat Ha 1 Hotel dengan 11 tingkat yang mempunyai bilik dan 1 tingkat restoran di tingkat paling atas 
Lepas Check-in Hotel, plan aku yang pertama ialah round Ben Than market sementara tunggu kawan-kawan yang lain sampai ke sini.

Lupa aku nak bagi tau, tips pertama: kalau tujuan korang nak datang Vietnam untuk bercuti sambil bershopping, adalah baiknya korang tak bawak banyak baju dan seluar, satu hari satu bajupun dah cukup tak perlu bawak baju banyak-banyak, kalau rasa badan tu kuat berpeluh, boleh je beli baju baru kat BT market takde hal punya buat yang berbadan kecil amat mudah hendak cari baju or blouse saiz ada dari S ke XXL. B

Tips kedua: Tak payah sibuk-sibuk nak tukar duit sangat, kalau nak bershopping, lagi jimat pakai duit MYR dari pakai duit USD or VND. Duit VND hanya digunakan sewaktu membeli makanan, so korang bolehlah tukar duit VND lebih kurang 1 - 2 juta dah mencukupi. Tetapi, aku nak ingatkan korang jangan terkejut dengan harga makanan halal kat sana sebab aku rasa harga makanan kat sini lebih murah dari harga makanan sana. Tambah bertuahnya bumi Malaysia kita di sini, bila kita di sini amat mudah untuk mencari makanan halal walaupun takde certificate halal dan harga makanannya tidaklah macam harga di sana. Oh ya, untuk duit USD pula, korang bolehlah tukar dalam 200 USD untuk tambang teksi dan upah tourist guide jika mahu.

Sambung balik bab bershopping dan jalan-jalan di Ben Than market. Ada banyak pintu dan agak besar tempatnya, di luar dan di dalam, penuh dengan pelbagai jenis kedai. 
Peta dan senarai kedai di Ben Than Market.

Tips ketiga: perhatikan tanda-tanda kedai yang terdapat tanda fixed price, tak payahlah korang berangan nak mintak kurang kat kedai tu, kalau nasib baik korang takkan dilayan untuk kurangkan harga, kalau nasib tak baik, korang kena halau dari kedai tu. 
Kedai barangan Kulit dan kedai kasut. Rambang mata dah time nih.

Tuesday, 9 July 2013

FLY TO BALI INDONESIA *&*


Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu “Paris di Jawa” dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular.
Bandung yang terkenal dengan nama jolokan Kota Fesyen Asia atau ‘Milan’ di Indonesia mempunyai cuaca yang agak dingin kerana terletak di kawasan tanah tinggi. Lantaran itu, ramai juga rakyat Malaysia yang memilih Bandung sebagai lokasi bermain golf.
Ok demikian secara ringkas pengenalan tentang Kota Bandung, tanpa membuang masa, mari kita lihat apakah tempat menarik di Bandung Indonesia yang boleh Anda lawati. Admin senaraikan beberapa tempat yang admin sendiri search. Semoga dapat membantu Anda.
Bandung terkenal untuk sejumlah besar bangunan lama yang seni binanya bergaya Belanda:
  • Gedung Sate, kini berfungsi sebagai pejabat Pemerintah Provinsi Jawa Barat
  • Hotel Savoy Homann di Jalan Asia-Afrika
  • Gedung Dwi Warna
  • Gedung Kantor Pos Besar Kota Bandung
  • Gedung Merdeka dan Museum Asia-Afrika, tempat berlangsungnya Persidangan Asia-Afrika pada tahun 1955.
  • Gedung Pakuan, kini tempat tinggal rasmi Gabenor Jawa Barat.
  • Gedung Yayasan Pusat Kebudayaan
  • Muzium Geologi Bandung
  • Muzium Wangsit Mandala Siliwangi
  • Institut Teknologi Bandung
  • Vila Isola, UPI
  • Stesen Hall, stesen kereta api
  • Beberapa bangunan lama di Jalan Braga.
  • Balai Cerap Bosscha di Lembang
  • Pusat membeli-belah Dago, Cihampelas dan Cibaduyut
  • Lembang, daerah beriklim serdahana di Bandung Utara.
Selain daripada bangunan-bangunan bersejarah tersebut, banyak kegiatan menarik yang dapat dilakukan:
  • Tempat peranginan Kuliner di daerah Bandung Utara dan Lembang
  • Tempat peranginan Alam yang berada di daerah Bandung Selatan, Bandung Utara dan kota Lembang
Tempat-tempat menarik yang lain yang pada masa ini menjadi trend tersendiri dalam masyarakat adalah pusat barang terpakai di Pasar Gede Bage, daerah Dalem Kaum, dan beberapa buah kedai yang secara khusus juga menyediakan barang-barang terpakai dengan harga murah, seperti: BABE, Rasek, dan sebagainya.
Memang banyak tempat menarik untuk dilawati pada musim cuti sekolah, namun sebelum pergi Anda perlu ketahui dan berkira-kira juga tentang kos perbelanjaan seperti tempat tinggal iaitu hotel, harga tiket penerbangan pergi balik, kos pengangkutan.
Daripada maklumat yang Admin dapat, untuk penginapan Anda boleh dapatkan tempat menginap dengan kadar yang murah di hotel sekitar Jalan Dago, 1 malam dalam RM80 lebih, manakala transport untuk pergi bersiar-siar di Bandung menurut maklumat daripada pihak hotel dalam 450 rupiah sehari.
Kalau Anda nak cari hotel murah di Bandung boleh layari website ini ~ Hotels Combined, Admin sendiri pun dah tengok hotel-hotel di bandung melalui website tu. Memang murah dan berpatutan. Lawo pula tu.
Ataupun guna fungsi search yang Admin sediakan di bawah ini, lagi senang. Masukkan “Nama Destinasi”, “Masa”, “Jumlah Ahli”, dan “Bilangan bilik” kemudian klik butang “Search”, terus Anda akan dapat semua senarai hotel-hotel murah lagi cantik yang terdapat di Bandung:
Untuk tempat shopping di Bandung Indonesia pula, mereka yang pernah ke sana dan ada pengalaman membeli belah di Bandung sarankan agar jangan ketinggalan untuk membeli-belah di Pasar Baru dan Ciwok. Selain itu anda juga boleh membeli-belah ala shopping sakan di pusat beli-belah di bawah:
  • Bandung Indah Plaza (BIP)
  • Bandung Super Mal (BSM)
  • Istana Plaza (IP)
  • Paskal Town Square
  • Cihampelas Walk (Ciwalk)
  • ITC Kebon Kalapa
  • ITC Kopo
  • Parijs Van Java Mal
  • Bandung Trade Center (BTC)
  • Bandung Elektronik Center (BEC)
  • Factory Outlet
Untuk maklumat lanjut untuk pelancong Malaysia atau kepada Anda yang bercadang untuk membuat trip ke Bandung cuti sekolah ini, maklumat seperti pakej percutian ke Bandung Indonesia sila rujuk pautan di bawah ini:
1. http://www.cuti.com.my/tour/destination/asia/Bandung
2. http://www.jomlahcuti.com/pakej/indonesia/
Perkhidmatan Pengangkutan Teksi DARI dan KE Airport:
1. Blue Bird ~ Tel (022) 7561234
2. Pusaka Prima Transport ~ Tel (022) 7538123
3. Golden Bird ~ Tel (022) 7538055
Pesanan Admin kepada pelancong Malaysia ke Bandung, Admin tahu Anda teruja untuk melawat Kota Bandung, seperti biasa apabila berkunjung ke tempat orang haruslah berhati-hati terutamanya soal berbelanja, silap-silap kena tipu. Harga makanan RM10 asalnya, kemudian ditipu menjadi RM24. Begitu juga kos pengangkutan, berhati-hati. Bukan Admin kata dibandung sahaja, di kebanyakan tempat perlancongan di dunia mesti akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan ke atas pelancong asing.
Di bawah ini ada beberapa gambar yang berkaitan dengan tempat menarik di Bandung Indonesia termasuklah hotel / tempat penginapan di sana.
Hotel Karang Setra

Tasik bentuk pulau-pulau dalam peta Indonesia

Air Terjun Dago Pakar

Kawah Putih, Ciwidey (The White Crater)


Gunung Tangkuban Parahu

PS: Semoga urusan percutian anda di Bandung nanti berjalan lancar. Selamat BERCUTIIII :)

welcome to BRUNEI DARULSALLAM *^*

Kalau nak tau kat brunei ada satu tempat yang namanya Jerudong Park. Dulu2 taman tema ni memang sangat meriah dan femes emes........ Ada kisah disebalik mee goreng makanya tempat ni dah tak semeriah dulu. Tapi sekarang ni taman ni dibuka semula dan diberi nafas baru untuk tarik orang ramai.
Jerudong Park ni letaknya di Jerudong. Dulu kepunyaan adinda Sultan Hassanal Bolkiah......... sekarang wallahua'lam. Nak masuk sini free jer tapi kalau nak main permainan kat sini kena la bayar. Tak mahal mana pun.Kalau setakat nak main jongkang jongkit, buaian, papan gelungsur hak tu tak payah bayar. Main ler 24 jam pun tetap free hehehe
Kawasan taman ni luas sebenarnya. Kalau zaman kegemilangannya dulu ewahh.....siap ada roller coaster bagai. sekarang tak der dah la. Tempat ni jugak dekat dengan istana salah sorang adinda sultan. Kalau berani pi ler try ketuk pintu istana. Mana la tau kot kot bleh jadi tetamu kehormat ekekekeke....
Sape2 nak pi sini, elok la pi pukul 5 ptg ke atas. Malam pun bukak jugak. Lupa plak sampai pukul berapa. Kul 10 mlm kot. Kalau korang stay kat Hotel Empire memang tak jauh dah la nak ke taman tema ni.
Jom tengok gambar....
Pintu gerbang belian istimewa untuk Cik Intan Berlian dan IntanBerlian hehehe
Firas suka kolam air pancut ni, siap nak suruh bukak baju sebab dia nak main2 kat dalam ni hahaha
Ada padang yg luas....bleh ler sape2 nak golek2 ala hindustan kat sini kikiki
Ni salah satu mainan baru yg ada kat sini.....macam best jer tengok diaorang main lompat2....cikgu segan la pulak hehehe......tak syesyuaiii gitu
Nak naik bot pun boleh......tapi sila bayar yer......nak naik kuda pun boleh....tapi kuda mesin jer la yg ada hehehe
Firas main yang ni jer sebab freeeeeeee seumur hidup hehehe.....
Lepas tu korang lajak la ke depan sikit untuk jamu mata tengok kuda. Xsure plak kuda tu milik sultan ke atau kaum kerabatnya. Tapi mmg byk.... ....lebih 100 ekor kot. kandang kuda tu tak jauh mana pun. Memang dalam kawasan jerudong Park jugak. Nanti korang tanya jer kat penjual tiket jerudong park tu arah nak pi tengok kuda. Takat tengok dalam kete jer la hihihi....... Sultan memang banyak kuda ssebab dulu sultan suka main polo.
Ok itu jer nak citer...bye

Sunday, 7 July 2013

Trip to singapore~~~~~


Singapore Flyers

Sangat berbeza size dengan Eye On Malaysia atau Giant Ferris Wheel di I-City. Flyers sangat luas dan selesa. Harga tiket dewasa adalah $33 (RM79+-). Terdapat pelbagai jenis flyer: Khas untuk berpartayyy, berkaraoke, celebrate birthday dan anniversary, mahupun special dinner.

Makan-makan sambil menikmati pemandangan Singapura?
Pemandangan dari dalam flyer.
It reaches 42 stories high. 
Dalam flyer biasa. Boleh berdiri dan jalan-jalan. Luas.
Food Trails @ Singapore Flyers

Hanya mempunyai 2 gerai Islam dan halal di sini. Tempat yang sangat oldschool dan epic! Sate dan ayam penyet di sini harus cuba.

Deco kedai sangat oldschool.

City Sightseeing

Naik bas open top untuk city tour dengan pemandu pelancong khas yang berpengetahuan. Penerangan terperinci diberikan bagi setiap tempat. Berharga $33 (RM79+-) selama satu jam. Berjalan-jalan di Little India, Kampong Glam, Civic district, Chinatown, Clarke Quay, Havelock Road dan Orchard Road.

Open top bus yang aku naik.
The famous RAFFLES HOTEL. 
Pemandangan malam Singapura dari atas bas.
Marina Barrage

Tempat kegemaran keluarga. Hampir tiap kali pergi Singapore akan ke sini. Tempat chillax bersama keluarga di malam hari. Secara peribadi aku rasa Marina Barrage adalah tempat bersantai dalam kesesakkan kota. Banggunan yang berumput untuk berkelah. Juga tempat bermain layang-layang LED. Tempat yang cool.

Marina Barrage. Boleh nampak Marina Bay Sands dari sini (yang bentuk kapal dengan 3 banggunan) Source.

Geylang

Tempat perempuan-perempuan shopping. Ada pelbagai pilihan kain, baju, tudung dan kelengkapan perempuan melayu. Macam Jalan TAR. Tapi bukan deretan kedai sepanjang jalan. Geylang bertingkat di dalam banggunan. Lengkap dengan foodcourt untuk menjamu selera selepas penat mengempiskan poket. Boleh dikatakan satu-satunya tempat di Singapore yang paling ramai Melayu berkumpul.  Murah tak? Errr. Jangan lupa harga adalah dua kali ganda apabila ditukar kepada Ringgit! *telan ayaq liuq*


miri digelar bandar kuda laut ^^

Trip 3 hari ke Miri Sarawak telah pun berakhir :( Now masa untuk rewind semula cerita  semasa berada di Miri Sarawak !

Senarai Tempat yang dikunjungi


1) Muara Restoran

2) Miri City Fan
3) Gua Niah
4) Grand Old Lady
5) Dinotrek by Petronas
6) Kanada Hill
7) San Ching Tian Taoist Temple
8) Taman Awam Miri

8 Mac 2013 :

Kitorang gerak daripada kuching jam 12.05pm menaiki AirAsia dan sampai di Airport Miri pada jam 1.10pm. Daripada Airport Miri kitorang ber ENAM naik teksi dan bergerak ke hotel untuk merehatkan diri memasingg

Jauh kan nak ke Miri daripada Kuching ? sebab tu la kena naik flight
kalau naik kerete dahla hampir 12jam , lepastu jalannya kitorang taktau macam mana 

Sesampai je kat bandar Miri , suasana nya saling tak tumpah macam Kuching haa , hotel bersepah-sepah , cuma bagi aku , Kuching lebih banyak bangunan lagi la daripada Miri , and bangunan kat Kuching lebih tersusun dan berpusat di satu tempat sahaja :)

Sampai hotel , rehat2 , guling2 atas katil & pergi Makan . Kitorang sewa dua buah kereta Hillux Accent untuk  trip di Miri ! :) some tips ,kalau nak jalan kat Miri , lagi best kalau sewa kereta sebab kalau nk pergi semua tempat yg menarik , agak penat la kalau nk jalan kaki . Same goes to Kuching , kalau nk pergi tempat menarik di kuching , lagi best kalau sewa kereta , banyaakk lagi tempat yg menarik boleh pergi :)



Malam tu kelaparan ! makan dekat Muara Restoran ! makan nasi Lalapan , bagi sesiapa yang berkunjung ke Miri , wajib pekena nasi Lalapan ye , macam2 nasi lalapan ada , keli , daging , kembung dll.

Lepas isi perut ,kitorang terus pergi Miri City Fan !

untuk entry penuh & semua gambar di Miri City Fan

klik sini ---->> ( Miri City Fan entry ) atau klik pada gambar di bawah :D


Balik daripada Miri City Fan , kami kena tidur dan persiapkan diri dengan rehat sebab esok nya nak pergi Gua Niah !! weee

9 MAC :


Gua Niah !!

Ini merupakan pertama kali aku menjejakkan kaki ke Gua Niah , satu pengalaman baru dan menarik ! Alang2 belajar kat Sarawak , baik teroka Sarawak betei2 kan kan . Untuk entry penuh beserta gambar klik sini --------> ( Gua Niah Entry ) atau  klik pada gambar di bawah :D



Malam balik daripada Gua Niah , semua orang dah kepenatan , balik tido !!!


10 MAC :


Harini merupakan hari terakhir berada di MIRI , Semua tempat yang kami plan nak pergi alhamdulillah selamat sampai :D tempat yang kitorang tak pergi cuma Crocodile Farm & Tamu Muhibah. takpe, crocodile farm tu, kat Kuching pun ade , bersepah2 buaya. wkwkwkw


Ini merupakan senarai tempat yang di kunjungi pada 10 Mac !!


klik pada nama tempat untuk tgk gambar disana ! :)



1)  Grand Old Lady <--- Muzium Petroleum !! klik untuk tgk gambar



2)  Dinotrek by Petronas (klik untuk tgk gambar) <----- haha the best part , meet the dinasour(s) !



3)  Kanada Hill <----- pemandangan cantik :)




     San Ching Tian Taoist Temple

4)  Taman Awam Miri <----- terbaik !! jambatan gantung !


Yeayy berakhir sudah jelajah Miri pada jam 6 petang 10 MAC 2013 , flight kami jam 9.45pm . sebelum balik kami singgah di Terusan Beach ! mandi laut sekejap dalam setengah jam macam tu sebelum balik :)


Sebelum singgah airport, ternampak signboard "selamat datang ke Miri" kat tengah jalan , kitorang singgah jap nak tgkp gmbar :D



terusan beach ! Sarawak mmg kaya dengan laut ! mana2 pun ada laut & lautnya bersih sgt2 :)
Add caption



bye bye Miri :)


Overall mmg best ! haha dan pengalaman di Gua Niah adalah pengalaman yang takkan aku lupa sampai bila2 . weee


Terima kasih kerana membaca ! :)




kuching mari....

OM JALAN KE KUCHING

Kali ini jom ke kuching….Kali ni i nak share sikit tempat menarik yg telah dilawati di sekitar kuching..sbnr bnyak tempat lagi utk dilawati tp tak sempat pergi sbb kesuntukkan masa.. Antara tempat menarik yang boleh dilawati ialah kampung Budaya, Taman Buaya, Taman Orang Utan Semenggoh n bnyk lagi.

I ke kuching ngn member, kami g berdua je..time goodfriday..sarawakkan ada cuti goodfriday..so kmi pg naik flight dr Bintulu ke Kuching..tiket ni beli lama dah, Jun 2011 masa tu ada promotion rm 60 pegi balik Kami travel April 2012 baru2 ni. Jadi klu nak bercuti naik flight rajin2 check air asia, kot2 kena pada masa ade promotion…

Sampai sana kami sewa keta sendiri malas nak naik teksi…keta sewa ni i dapat daripada internet. Seminggu sebelum tu dah call dia n bincang tentang harga..bolehla xmahal sgt n org yang hantar pun ok..org kata mesra pelanggan..ari tu kita orng sewa viva manual RM 80 sehari..sepatutnya RM 160la kan sbb 2hari..tp sebab hari ahad yg kitaorang balik awal pagi so kira xsampai 2hari penuh jd minta kurang…bagusnya dia bagi kami byr kurang sikitla tp xingt berapa sbb my friend yg settle. Ini I share laman webnya http://cutidikuching.com/perkhidmatan-kami/kancil-850-ex/
 
Bab jalan kuching ni mmg outla..tp kami mengharapkan GPS jela tp GPS kadang out juga. Sampai 3-4 kali sesat jalan. Jadi ikut instinct jugala klu rasa dah serabut sgt ..Tp xdela sesat sampai xjumpa jalan pulang. Kalau penginapan pulak mmg bnyak hotel kt sana..tp I pilih Merdeka palace...booking awal2 la..

Terus ketempat-tempat yang menarik di kuching  

Kat airport kuching ada satu kaunter Cuti2 Malaysia boleh minta map kat situ..tanya je mana2 staf dia nak minta map..dia akan tunjuk..then keta sewa pun I suruh hantar kat aiport

Gambar disepanjang berjalanan

       .   Tempat pertama tuju ialah check in hotel at Merdeka Palace
Situasi di lobi..lobi cantik..i suka..awal2 dh berpuluh pic kat lobi sahaja

Lepas rehat2 dan solat..tempat yg kami pegi ialah Waterfront Kuching…tempatnya biasa je..ramai jugak orang duk beriadah bersama keluarga kat situ..untuk rehatkan minda n badan sekejap best juga.

 Inilah situasi di Waterfront Kuching

      Dekat waterfront tu jugak ada di sediakan sampan kecil untuk kita keseberang sungai..Hanya bayar RM 1 Ada apa kat seberang sungai tu??..ada orang jual kek lapis lupa nama2 kedai dia. Tempat ini adalah tempat wajib klu g ke kuching ni..tp pengajarannya jgnla pegi waktu pukul 4-5ptg panas yang amat..klu nak sedap pergila waktu malam sbb sampan kecil tu akan beroperasi sampai pukul 12malam. Tapi nnti korang update sendirila takut waktu berubah.


Sampan yang digunakan dia pakai enjin bukan dayung tangan sahaja 

Ni view dr seberang sungai 

Ini di kedai yg menjual kek lapis sarawak macam2 jenis kek ada..ada banyak kedai lagi

Dah panas sgt xtahan kami masuk mall dia kat parkson utk sejukkan badan sekejap..dekat2 situ gakla..beli jugala 2-3 helai baju..
Pakson berdekatan dgn waterfornt

      Pastu teruskan ke tempat wajib seterusnya yg di kenali sebagai Tugu Kuching. dekat je dr mall igtkan jauh siap buka GPS je…pakai kaki sampai dr mall tu haha…tak adalah gah seperti yg digambarkan oleh akal fikiran I ni hehe..tp oklah dah kata mmg niat nak tgk tempat orgkan..

Tugu kucing kebanggaan rakyat sarawak..ramai org datang tempat ni..duk berposing. Tugu kucing ini terletak di bulatan yang berhampiran dengan Sarawak Plaza, Parkson, Grand Margherita

Kemudian jalan sekitar tu je..xde pe2 pun…

Jalan2 nampak TOPSPOT tempat makanan laut yang best. so mlm dah aim nak g tempat ni..kawasan situ2 juga. 

Malam nak makan kat TOPSPOT ni mmg wajib g untuk pengemar makan laut..tapi hari pertama xg pun xlarat sgt. Balik tido terus. Makan biskut je..

tp malam kedua dapat p sekejap.. mak aiii mmg meriah tp kami mkn biasa2 je xde selera sbb penat.

Then hari keesokkan harinya kami rancang ke Serikin dimana bersempadan dengan indonesia. klu g serikin pegila pagi xla panas sgt..tp ari kita g lambat bab sarapan dulu..gerak dr hotel pukul 8.30 pastu sesat sampai pusing Bandar 3-4kali hmpir sejam..pastu sampai dah pukul nak dekat pukul 10..tempat membeli belah wajib klu ke kuching..mak aiii g sini spentla duit banyak..xcukup duit rasa berborong…mcm2 de..dia lebih kurang mcm kat wakaf che yeh kt Kelantan tu..klula xmikir balik naik flight mmg pulun habis jwbnya..
  
Ikut signbord ke BAU/KG SERIKIN kat GPS xdapat search nak ke serikin. so kami ikut GPS sikit mana yang boleh dan tanya org jugala jln nak serikin ni. Sbb jauhla juga lebih kurang 1 jam la dr Bandr kuching takut jugak terlajak kemana2 nnti payah pulak



 Nah ambik ko bershopping xigt penuh tangan ngn barang

      Balik tu igt nak terus g muzium tp balik dulu la hotel..pastu ptg sikit dlm pukul 4 br g muzium sempat lagi tu..pastu pusing2 igtkan muzium tu jauh..sbb ikut GPS tu pusing2 tah kemana last jumpala muzium tu…rupa2 muzium tu sebelah je ngn hotel Merdeka Palace tu…pastu dah tutup pulak mmg rasa menyesal sgtla..klu tahu sedekat tu balik dr serikin tu terus je g dekat sgt jln kaki pun boleh..dahla time tu ada pameran…tapi xpela menyesal mcm mn pun perjalanan mesti diteruskan n gambar tetap ambik gak hahah..
 
  posing juga walaupun frust xdapat masuk..tgk pintu kat belakang tu tutup huhu
 
so kawan2 yang nak pegi jln jgn lupa dan i igtkan muzium ini bersebelahan dengan hotel MERDEKA PALACE ye.

Tempat terakhir yg kami pergi sebelum balik ialah ke pasar satok..tempat wajib lawat jugak ni..mcm2 de..pasar yg jual ikan terubuk murah222 crila disini..n kek lapis serta barang kraftangan..buah2..makanan...semua ada..

  
Antara barang kraftangan yg di jual mcm2 ada..

Lepas dr Pasar satok kami makan then g ke waterfront untuk menikmati  pemandangan di waktu malam..pastu g stadium sarawak nak tgk SARAWAK vs KELANTAN utk pertandingan bola sepak..tp time kami sampai permainan dah habis (ini perancangan last minit)...tp utk makluman, kami dapat jumpa ngn pemain kelantan n sempatla berborak dengan diorang sbb dia duk hotel yang sama ngn kami..berborak xigt dunia macam dh knl lama..siap ajak lepak makan sekali tp kami segan lgpun kami anak dara sunti tau..kena jual mahal sikit hehehe..

Jadi SELAMAT BERJALAN UNTUK SAHABAT-SAHABAT yang membaca