Sunday, 7 July 2013

Trip to singapore~~~~~


Singapore Flyers

Sangat berbeza size dengan Eye On Malaysia atau Giant Ferris Wheel di I-City. Flyers sangat luas dan selesa. Harga tiket dewasa adalah $33 (RM79+-). Terdapat pelbagai jenis flyer: Khas untuk berpartayyy, berkaraoke, celebrate birthday dan anniversary, mahupun special dinner.

Makan-makan sambil menikmati pemandangan Singapura?
Pemandangan dari dalam flyer.
It reaches 42 stories high. 
Dalam flyer biasa. Boleh berdiri dan jalan-jalan. Luas.
Food Trails @ Singapore Flyers

Hanya mempunyai 2 gerai Islam dan halal di sini. Tempat yang sangat oldschool dan epic! Sate dan ayam penyet di sini harus cuba.

Deco kedai sangat oldschool.

City Sightseeing

Naik bas open top untuk city tour dengan pemandu pelancong khas yang berpengetahuan. Penerangan terperinci diberikan bagi setiap tempat. Berharga $33 (RM79+-) selama satu jam. Berjalan-jalan di Little India, Kampong Glam, Civic district, Chinatown, Clarke Quay, Havelock Road dan Orchard Road.

Open top bus yang aku naik.
The famous RAFFLES HOTEL. 
Pemandangan malam Singapura dari atas bas.
Marina Barrage

Tempat kegemaran keluarga. Hampir tiap kali pergi Singapore akan ke sini. Tempat chillax bersama keluarga di malam hari. Secara peribadi aku rasa Marina Barrage adalah tempat bersantai dalam kesesakkan kota. Banggunan yang berumput untuk berkelah. Juga tempat bermain layang-layang LED. Tempat yang cool.

Marina Barrage. Boleh nampak Marina Bay Sands dari sini (yang bentuk kapal dengan 3 banggunan) Source.

Geylang

Tempat perempuan-perempuan shopping. Ada pelbagai pilihan kain, baju, tudung dan kelengkapan perempuan melayu. Macam Jalan TAR. Tapi bukan deretan kedai sepanjang jalan. Geylang bertingkat di dalam banggunan. Lengkap dengan foodcourt untuk menjamu selera selepas penat mengempiskan poket. Boleh dikatakan satu-satunya tempat di Singapore yang paling ramai Melayu berkumpul.  Murah tak? Errr. Jangan lupa harga adalah dua kali ganda apabila ditukar kepada Ringgit! *telan ayaq liuq*


No comments:

Post a Comment