Sunday, 7 July 2013

kuching mari....

OM JALAN KE KUCHING

Kali ini jom ke kuching….Kali ni i nak share sikit tempat menarik yg telah dilawati di sekitar kuching..sbnr bnyak tempat lagi utk dilawati tp tak sempat pergi sbb kesuntukkan masa.. Antara tempat menarik yang boleh dilawati ialah kampung Budaya, Taman Buaya, Taman Orang Utan Semenggoh n bnyk lagi.

I ke kuching ngn member, kami g berdua je..time goodfriday..sarawakkan ada cuti goodfriday..so kmi pg naik flight dr Bintulu ke Kuching..tiket ni beli lama dah, Jun 2011 masa tu ada promotion rm 60 pegi balik Kami travel April 2012 baru2 ni. Jadi klu nak bercuti naik flight rajin2 check air asia, kot2 kena pada masa ade promotion…

Sampai sana kami sewa keta sendiri malas nak naik teksi…keta sewa ni i dapat daripada internet. Seminggu sebelum tu dah call dia n bincang tentang harga..bolehla xmahal sgt n org yang hantar pun ok..org kata mesra pelanggan..ari tu kita orng sewa viva manual RM 80 sehari..sepatutnya RM 160la kan sbb 2hari..tp sebab hari ahad yg kitaorang balik awal pagi so kira xsampai 2hari penuh jd minta kurang…bagusnya dia bagi kami byr kurang sikitla tp xingt berapa sbb my friend yg settle. Ini I share laman webnya http://cutidikuching.com/perkhidmatan-kami/kancil-850-ex/
 
Bab jalan kuching ni mmg outla..tp kami mengharapkan GPS jela tp GPS kadang out juga. Sampai 3-4 kali sesat jalan. Jadi ikut instinct jugala klu rasa dah serabut sgt ..Tp xdela sesat sampai xjumpa jalan pulang. Kalau penginapan pulak mmg bnyak hotel kt sana..tp I pilih Merdeka palace...booking awal2 la..

Terus ketempat-tempat yang menarik di kuching  

Kat airport kuching ada satu kaunter Cuti2 Malaysia boleh minta map kat situ..tanya je mana2 staf dia nak minta map..dia akan tunjuk..then keta sewa pun I suruh hantar kat aiport

Gambar disepanjang berjalanan

       .   Tempat pertama tuju ialah check in hotel at Merdeka Palace
Situasi di lobi..lobi cantik..i suka..awal2 dh berpuluh pic kat lobi sahaja

Lepas rehat2 dan solat..tempat yg kami pegi ialah Waterfront Kuching…tempatnya biasa je..ramai jugak orang duk beriadah bersama keluarga kat situ..untuk rehatkan minda n badan sekejap best juga.

 Inilah situasi di Waterfront Kuching

      Dekat waterfront tu jugak ada di sediakan sampan kecil untuk kita keseberang sungai..Hanya bayar RM 1 Ada apa kat seberang sungai tu??..ada orang jual kek lapis lupa nama2 kedai dia. Tempat ini adalah tempat wajib klu g ke kuching ni..tp pengajarannya jgnla pegi waktu pukul 4-5ptg panas yang amat..klu nak sedap pergila waktu malam sbb sampan kecil tu akan beroperasi sampai pukul 12malam. Tapi nnti korang update sendirila takut waktu berubah.


Sampan yang digunakan dia pakai enjin bukan dayung tangan sahaja 

Ni view dr seberang sungai 

Ini di kedai yg menjual kek lapis sarawak macam2 jenis kek ada..ada banyak kedai lagi

Dah panas sgt xtahan kami masuk mall dia kat parkson utk sejukkan badan sekejap..dekat2 situ gakla..beli jugala 2-3 helai baju..
Pakson berdekatan dgn waterfornt

      Pastu teruskan ke tempat wajib seterusnya yg di kenali sebagai Tugu Kuching. dekat je dr mall igtkan jauh siap buka GPS je…pakai kaki sampai dr mall tu haha…tak adalah gah seperti yg digambarkan oleh akal fikiran I ni hehe..tp oklah dah kata mmg niat nak tgk tempat orgkan..

Tugu kucing kebanggaan rakyat sarawak..ramai org datang tempat ni..duk berposing. Tugu kucing ini terletak di bulatan yang berhampiran dengan Sarawak Plaza, Parkson, Grand Margherita

Kemudian jalan sekitar tu je..xde pe2 pun…

Jalan2 nampak TOPSPOT tempat makanan laut yang best. so mlm dah aim nak g tempat ni..kawasan situ2 juga. 

Malam nak makan kat TOPSPOT ni mmg wajib g untuk pengemar makan laut..tapi hari pertama xg pun xlarat sgt. Balik tido terus. Makan biskut je..

tp malam kedua dapat p sekejap.. mak aiii mmg meriah tp kami mkn biasa2 je xde selera sbb penat.

Then hari keesokkan harinya kami rancang ke Serikin dimana bersempadan dengan indonesia. klu g serikin pegila pagi xla panas sgt..tp ari kita g lambat bab sarapan dulu..gerak dr hotel pukul 8.30 pastu sesat sampai pusing Bandar 3-4kali hmpir sejam..pastu sampai dah pukul nak dekat pukul 10..tempat membeli belah wajib klu ke kuching..mak aiii g sini spentla duit banyak..xcukup duit rasa berborong…mcm2 de..dia lebih kurang mcm kat wakaf che yeh kt Kelantan tu..klula xmikir balik naik flight mmg pulun habis jwbnya..
  
Ikut signbord ke BAU/KG SERIKIN kat GPS xdapat search nak ke serikin. so kami ikut GPS sikit mana yang boleh dan tanya org jugala jln nak serikin ni. Sbb jauhla juga lebih kurang 1 jam la dr Bandr kuching takut jugak terlajak kemana2 nnti payah pulak



 Nah ambik ko bershopping xigt penuh tangan ngn barang

      Balik tu igt nak terus g muzium tp balik dulu la hotel..pastu ptg sikit dlm pukul 4 br g muzium sempat lagi tu..pastu pusing2 igtkan muzium tu jauh..sbb ikut GPS tu pusing2 tah kemana last jumpala muzium tu…rupa2 muzium tu sebelah je ngn hotel Merdeka Palace tu…pastu dah tutup pulak mmg rasa menyesal sgtla..klu tahu sedekat tu balik dr serikin tu terus je g dekat sgt jln kaki pun boleh..dahla time tu ada pameran…tapi xpela menyesal mcm mn pun perjalanan mesti diteruskan n gambar tetap ambik gak hahah..
 
  posing juga walaupun frust xdapat masuk..tgk pintu kat belakang tu tutup huhu
 
so kawan2 yang nak pegi jln jgn lupa dan i igtkan muzium ini bersebelahan dengan hotel MERDEKA PALACE ye.

Tempat terakhir yg kami pergi sebelum balik ialah ke pasar satok..tempat wajib lawat jugak ni..mcm2 de..pasar yg jual ikan terubuk murah222 crila disini..n kek lapis serta barang kraftangan..buah2..makanan...semua ada..

  
Antara barang kraftangan yg di jual mcm2 ada..

Lepas dr Pasar satok kami makan then g ke waterfront untuk menikmati  pemandangan di waktu malam..pastu g stadium sarawak nak tgk SARAWAK vs KELANTAN utk pertandingan bola sepak..tp time kami sampai permainan dah habis (ini perancangan last minit)...tp utk makluman, kami dapat jumpa ngn pemain kelantan n sempatla berborak dengan diorang sbb dia duk hotel yang sama ngn kami..berborak xigt dunia macam dh knl lama..siap ajak lepak makan sekali tp kami segan lgpun kami anak dara sunti tau..kena jual mahal sikit hehehe..

Jadi SELAMAT BERJALAN UNTUK SAHABAT-SAHABAT yang membaca

No comments:

Post a Comment