Tuesday, 16 July 2013

Ben Than Night Market, Vietnam 2013 ^^

hehehehehehehe......bukan main lama lagi aku mahu cerita Vietnam aku nih. Atas sebab kesibukan tahap gaban dan kesihatan yang tak berapa baik, aku tangguhkan dulu kisah aku ke Vietnam tu. Sekarang ni pun aku masih terbatuk-batuk dan masih kena telan ubat batuk ooppss silap kena minum ubat batuk lagi. Oklah, jom aku ceritakan perjalanan dan pengalaman aku ke negara Vietnam nih. Ada juga tips-tips melancong ke vietnam yang ingin aku sampaikan dalam entri aku nih juga. Ha... tunggu....

Hari bertolaknya aku ke Vietnam, Flight aku jam 8:30 pagi. Kemudian aku terus bergerak ke KLIA LCCT . Tepat jam 7 pagi aku sampai di KLIA LCCT kemudian kami terus check in bag kami dan masih ada lebih kurang sejam lebih lagi untuk kami menunggu. Korang nak tau kenapa aku keluar sebegitu awal? sebab aku tak mahu lewat lagi seperti lewatnya aku masa ke Bandung dulu. Penat giler aku kena berlari sebab nak kejar flight, pergh.. tak larat tu.. naik kejang kaki aku terasa kurus kejap badan aku tau ahaks.... #perasan

Jam 10 waktu sini, flight tiba di Saigon. Terkejut aku tengok lapangan terbang sana. Agak canggih dari Bandung dan lagi best dari LCCT. Saigon agak membangun juga tak macam aku bayangkan. Aku bayangkan Saigon ni agak mundur dari Bandung, namun sebaliknya.



Dah sampai ke saigon. Keluar je dari airport, ramai giler orang yang menanti terasa macam artis pulak, padahal takdepun orang yang tunggu kami ahaks.. 
                       


Sampai sahaja ke airport, kami terus mencari transport untuk ke Hotel Nhat Ha 1. Hotel kami tempah dari Booking.com jer.. lebih kurang 90USD untuk 4 hari 3 malam murah tak? lagipun dekat dengan Ben Than Market tempat tumpuan untuk bershopping lebih kurang 3 ke 5 minit berjalan kaki. Ada hotel yang lebih dekat lagi dan agak popular antara pelancong Malaysia iaitu hotel Saigon Pink kalau tak silap akulah dekat dengan kedai makan yang halal dan juga dekat dengan Ben Than market.
Inilah rupa bilik untuk aku dan geng-geng merayau
Nhat Ha 1 Hotel dengan 11 tingkat yang mempunyai bilik dan 1 tingkat restoran di tingkat paling atas 
Lepas Check-in Hotel, plan aku yang pertama ialah round Ben Than market sementara tunggu kawan-kawan yang lain sampai ke sini.

Lupa aku nak bagi tau, tips pertama: kalau tujuan korang nak datang Vietnam untuk bercuti sambil bershopping, adalah baiknya korang tak bawak banyak baju dan seluar, satu hari satu bajupun dah cukup tak perlu bawak baju banyak-banyak, kalau rasa badan tu kuat berpeluh, boleh je beli baju baru kat BT market takde hal punya buat yang berbadan kecil amat mudah hendak cari baju or blouse saiz ada dari S ke XXL. B

Tips kedua: Tak payah sibuk-sibuk nak tukar duit sangat, kalau nak bershopping, lagi jimat pakai duit MYR dari pakai duit USD or VND. Duit VND hanya digunakan sewaktu membeli makanan, so korang bolehlah tukar duit VND lebih kurang 1 - 2 juta dah mencukupi. Tetapi, aku nak ingatkan korang jangan terkejut dengan harga makanan halal kat sana sebab aku rasa harga makanan kat sini lebih murah dari harga makanan sana. Tambah bertuahnya bumi Malaysia kita di sini, bila kita di sini amat mudah untuk mencari makanan halal walaupun takde certificate halal dan harga makanannya tidaklah macam harga di sana. Oh ya, untuk duit USD pula, korang bolehlah tukar dalam 200 USD untuk tambang teksi dan upah tourist guide jika mahu.

Sambung balik bab bershopping dan jalan-jalan di Ben Than market. Ada banyak pintu dan agak besar tempatnya, di luar dan di dalam, penuh dengan pelbagai jenis kedai. 
Peta dan senarai kedai di Ben Than Market.

Tips ketiga: perhatikan tanda-tanda kedai yang terdapat tanda fixed price, tak payahlah korang berangan nak mintak kurang kat kedai tu, kalau nasib baik korang takkan dilayan untuk kurangkan harga, kalau nasib tak baik, korang kena halau dari kedai tu. 
Kedai barangan Kulit dan kedai kasut. Rambang mata dah time nih.

No comments:

Post a Comment